Featured

About this Blog

Dakwaan Anwar liwat: 18 disoal siasat, Saiful sedia bersumpah

1 comments

Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrhaim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, (gambar) yang mendakwa dia diliwat majikannya beberapa kali telah melahirkan kesanggupan untuk tampil bermuhabalah sebagaimana disyorkan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tiga hari lalu.

BULETINkini difahamkan, satu kenyataan mengenai perkara itu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Sumber berkata, Saiful yang kini beradaa di bawah perlindungan keselamatan polis juga menyambut baik cadangan itu memandangkan ia satu peluang bagi memulihkan namanya yang turut tercalar.

Kata sumber itu, proses bermuhabalah yang disyorkan Mufti Perlis sebenarnya berkehendakkan dua pihak, dalam kes ini Saiful dan Anwar, untuk sama-sama melakukannya.

"Kesediaan Saiful untuk bersumpah secara tidak langsung memberi tamparan hebat dan tekanan ke atas Anwar yang tidak mengambil serius cadangan bersumpah secara muhabalah ini," katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah akhbar harian semalam, Anwar berkata, beliau lazimnya bersumpah apabila membabitkan isu-isu seperti itu sebelum ini.

Namun untuk dakwaan kali kedua ini, Anwar tidak mahu lagi melayan cadangan mereka yang mahu beliau bersumpah kerana beranggapa n ia hanya satu helah semata-mata.

Mohd. Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Mohd, Asri tidak dipengaruhi manamana badan politik.

Bagaimanapun, Mohd. Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."

Mufti Perlis syor Nik Aziz jadi orang tengah mubahalah

0 comments
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk "mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.

Ketika dihubungi Bernama di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Mohd. Asri berkata, beliau sebolehnya tidak mahu terbabit dalam sebarang isu politik tetapi terpaksa mengeluarkan pandangan apabila menyentuh perkara yang berkaitan agama.

"Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah," katanya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di IJN dan dibenarkan keluar dari institut itu hari ini.

Mohd. Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Mohd, Asri tidak dipengaruhi manamana badan politik.

Bagaimanapun, Mohd. Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.

Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah "menjunjung al-Quran" sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.

Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."

Katanya, dalam isu yang melanda negara kini, seeloknya bermubahalah agar orang ramai tidak berbalah dan bertelingkah.

"Selepas bermubahalah, kita serah keputusan kepada Allah," katanya.